awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aeroflot beri amaran gangguan penerbangan akibat kegagalan sistem

Bernama
Bernama
28/07/2025
14:02 MYT
Aeroflot beri amaran gangguan penerbangan akibat kegagalan sistem
Aeroflot memaklumkan melalui media sosial, satu kumpulan pakar teknikal kini berusaha untuk mengurangkan risiko terhadap operasi penerbangan dan memulihkan fungsi perkhidmatan seperti biasa, secepat mungkin. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Syarikat penerbangan kebangsaan Rusia Aeroflot, mengumumkan pada Isnin bahawa kerosakan pada sistem maklumat mereka mungkin menyebabkan gangguan sementara terhadap jadual penerbangan, termasuk kelewatan dan pembatalan penerbangan, lapor Xinhua.
Aeroflot memaklumkan melalui media sosial, satu kumpulan pakar teknikal kini berusaha untuk mengurangkan risiko terhadap operasi penerbangan dan memulihkan fungsi perkhidmatan seperti biasa, secepat mungkin.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca kegagalan sistem atau jumlah penerbangan yang terjejas. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka lebih awal dan mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aeroflot
#syarikat penerbangan
#Rusia
#kerosakan pada sistem
#gangguan penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan