WASHINGTON: Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan.
"Pengumuman operasi ketenteraan yang diperluaskan ke Rafah (kini telah bertukar menjadi kem pelarian) menyebabkan lebih ramai penduduk Palestin diusir dan mengancam mata pencarian yang hampir sudah tidak wujud.
"Tindakan ini sama sekali mengabaikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dikeluarkan pada 26 Jan," kata Schalkwyk dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai pemeliharaan keamanan dan keselamatan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Beliau menambah bahawa tindakan Israel itu secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, terutamanya dalam melindungi orang awam yang terperangkap dalam peperangan serta sengaja menafikan akses kepada bantuan kemanusiaan.
Kenyataan Schalkwyk dibuat selepas Afrika Selatan meminta ICJ menilai segera niat Israel untuk meluaskan kehadiran tenteranya di Rafah, mendesak untuk mempertimbangkan sama ada mahkamah itu perlu menggunakan kuasanya bagi menghalang lebih banyak pelanggaran hak Palestin.
Pada Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan kes di mahkamah PBB, menuduh Israel gagal mematuhi komitmennya di bawah Konvensyen Genosid 1948.
ICJ menerusi keputusan interim pada Jan lalu berkata dakwaan Afrika Selatan adalah munasabah.
Dalam keputusannya, ICJ mengarahkan Israel untuk melaksanakan langkah sementara termasuk menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah-langkah menjamin bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Tindakan Israel itu secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa. - Gambar fail/ Reuters

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Gaza berdepan keruntuhan kemanusiaan yang belum pernah terjadi
Bilik Gerakan Kerajaan bagi Intervensi Kecemasan di Wilayah Selatan (Semenanjung Gaza) memberi amaran mengenai malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza.

Parlimen Arab kecam sekatan bantuan Israel ke Gaza
Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan.

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.

Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis
Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.