awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi antikeganasan Indonesia perkukuh strategi di bawah kepimpinan baharu

Bernama
Bernama
01/10/2024
10:16 MYT
Agensi antikeganasan Indonesia perkukuh strategi di bawah kepimpinan baharu
Inspektor Jeneral Eddy Hartono mengenal pasti beberapa tumpuan utama termasuk inisiatif kesiapsiagaan negara, pencegahan radikalisasi dan deradikalisasi. - BNPT
JAKARTA: Agensi Pencegahan Keganasan Kebangsaan (BNPT) Indonesia sedang memperkukuh usaha memerangi keganasan dengan meningkatkan kerjasama bersama unit khas polis, Densus 88.
Ketua BNPT yang baru dilantik, Inspektor Jeneral Eddy Hartono mengenal pasti beberapa tumpuan utama termasuk inisiatif kesiapsiagaan negara, pencegahan radikalisasi dan deradikalisasi.
Kedua-dua agensi akan bekerjasama untuk membangunkan petunjuk bagi menilai tahap ancaman keganasan.
"Untuk deradikalisasi menjadi berkesan, kerjasama dan sinergi adalah penting," katanya dalam satu kenyataan, menekankan kepentingan memastikan bahawa data dan maklumat yang dihasilkan adalah tepat dan dapat memberi maklumat bagi intervensi pada masa depan.
Beliau juga menekankan keperluan untuk memetakan kategori bekas pengganas yang diselaraskan dengan Densus 88, yang akan membantu membangunkan rekod komprehensif untuk program masa depan dan mencegah usaha berpecah belah.
Ketua Densus 88, Inspektor Jeneral Sentot Prasetyo, turut menyuarakan pandangan yang sama, menyatakan keyakinan bahawa kerjasama yang diperkukuh ini akan meningkatkan keselamatan awam.
Beliau menggesa semua kakitangan yang terlibat dalam operasi antikeganasan untuk memaksimumkan usaha mereka, terutama berikutan cabaran yang semakin kompleks yang mereka hadapi.
Eddy secara rasmi mengambil alih kepimpinan BNPT daripada Jeneral Komisioner (Bersara) Mohammed Rycko Amelza Dahniel pada 18 September.
Dalam peranan baharunya, beliau komited untuk mengutamakan inisiatif pencegahan bagi memerangi ideologi keganasan radikal, memastikan BNPT kekal proaktif dalam usaha menangani keganasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#antiganasan
#Indonesia
#BNPT
#densus 88
#radikalisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan