HOUSTON: Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.
"Sejujurnya, kami bertanggungjawab untuk beberapa kesilapan awam yang agak dramatik --bermula dengan pengendalian ujian, kepada pengumpula data, hinggalah komunikasi," lapor Agensi Anadolu memetik Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky dalam satu kenyataan.
"Selama 75 tahun, CDC dan kesihatan awam telah bersedia untuk COVID-19, dan pada saat penting itu, prestasi kami tidak memenuhi harapan orang ramai," katanya mengenai lebih 11,000 kakitangan agensi itu.
"Saya mahu kita semua melakukan yang lebih baik, dan ia bermula dengan CDC sebagai penerajunya."
Jumlah kematian akibat wabak itu di AS mencecah lebih satu juta orang sejak Mac 2020.
CDC akan meneliti tindak balas COVID-19 ketika awal pandemik kerana respons yang lemah terhadap saringan dan pemantauan penyebaran virus yang cepat.
Semasa peringkat akhir wabak itu, agensi itu menghadapi kritikan kerana mengalih atau mengelirukan panduan mengenai pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menetapkan tempoh pengasingan untuk orang yang diuji positif.
Walensky berkata organisasi itu akan beralih daripada menumpukan kepada kajian akademik dan beralih ke arah mengutamakan tindak balas terhadap penyakit baru muncul seperti COVID-19 dan cacar monyet supaya agensi itu dapat memenuhi potensi sebenarnya.
Selain membuat rombakan, CDC juga akan mewujudkan majlis eksekutif baharu untuk melaksanakan perubahan yang meluas.
"Matlamat saya ialah budaya baharu yang berorientasikan tindakan kesihatan awam di CDC yang menekankan akauntabiliti, kerjasama, komunikasi dan ketepatan masa," tambahnya Walensky.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
WALENSKY: Selama 75 tahun, CDC dan kesihatan awam telah bersedia untuk COVID-19, dan pada saat penting itu, prestasi kami tidak memenuhi harapan orang ramai. - Gambar fail/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.