awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar bakal jalani pembedahan lutut

Bernama
Bernama
22/12/2025
12:00 MYT
Neymar bakal jalani pembedahan lutut
Neymar akan menjalani pembedahan lubang kunci pada Isnin bagi membaiki meniskus yang koyak pada lutut kirinya. - Gambar fail/REUTERS
RIO DE JANEIRO: Neymar akan menjalani pembedahan lubang kunci pada Isnin bagi membaiki meniskus yang koyak pada lutut kirinya, lapor Xinhua dengan memetik laporan media.
Penyerang Santos berusia 33 tahun itu memuat naik sekeping foto di media sosial pada Ahad yang menunjukkan beliau sedang terbaring di atas katil hospital di bandar Belo Horizonte, tenggara Brazil.
Laporan menyebut doktor pasukan kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar, akan menjalankan prosedur itu, yang dijangka memerlukan tempoh pemulihan kira-kira empat minggu.
Awal bulan ini, Neymar mendedahkan bahawa beliau tetap beraksi pada separuh kedua musim 2025 di Brazil walaupun mengalami kecederaan, namun memilih untuk terus bermain walaupun menanggung kesakitan bagi membantu Santos mengelak daripada penyingkiran.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya membuat 28 penampilan bersama Santos dalam semua kejohanan tahun ini, dengan menjaringkan 11 gol dan mencatat empat bantuan gol.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu menyasarkan untuk kembali cergas menjelang Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Neymar
#bola sepak
#pembedahan lutut
#lutut kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan