awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi pelancongan China tidak jual tiket MAS

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2014
11:50 MYT
Agensi pelancongan China tidak jual tiket MAS
Beberapa agensi pelancongan dalam talian di China mengumumkan memboikot Penerbangan Malaysia (MAS) sehingga misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 terungkai, lapor South China Morning Post.
Syarikat pelancongan itu termasuk eLong, LY.com, Qunar dan Mango merupakan antara agensi pelancongan dalam talian yang terbesar di China.
Mereka melancarkan boikot itu susulan kemarahan orang ramai di China terhadap MAS dan apa yang dianggap sebagai ketidakcekapan kerajaan Malaysia menangani krisis sejak kehilangan pesawat MH370 tiga minggu lalu.
"Kami akan meneruskan boikot ini sehingga kerajaan Malaysia dan MAS mendedahkan semua maklumat yang mereka ada untuk mencari kebenaran tentang kehilangan pesawat itu secepat mungkin," kata kenyataan eLong yang disebarkan melalui rangkaian sosial media, Weibo.
Syarikat itu juga mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan sebanyak 100,000 yuan (lebih kurang RM53,000) kepada waris dua penumpang MH370 yang membuat tempahan menggunakan laman webnya.
Laporan media itu juga memetik kenyataan LY.com yang mengatakan akan membayar pampasan kepada pelanggannya yang mahu membatalkan tempahan mereka dengan MAS.
Weibo MH370
Weibo
Kenyataan boikot MAS oleh eLong yang disebarkan melalui rangkaian sosial media, Weibo.
Sementara itu, sebuah syarikat lagi, CTrip.com tidak menyertai boikot itu kerana "tidak dipersetujui oleh bahagian jualan". CTrip.com merupakan agensi pelancongan dalam talian yang terbesar di China.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumumkan menangguhkan semua promosi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 sebagai menghormati kehilangan pesawat MAS itu.
Beliau juga mengakui kejadian tersebut menjejaskan kedatangan pelancong dari China ke negara ini. Laporan media sebelum ini menyebut beberapa syarikat pelancongan di China membatalkan tempahan yang dibuat untuk ke Malaysia sebelum ini.
Kadar kedatangan pelancong dari China ke Malaysia meningkat hampir 15 peratus pada tahun lalu dengan jumlah pelancong mencecah sehingga lebih 1.5 juta orang pada 2013.
Penganalisis ekonomi di Hong Kong sebelum ini meramalkan Malaysia mungkin akan kehilangan pendapatan sehingga RM4.2 bilion hasil sekiranya kedatangan pelancong dari China merosot sehingga 40 peratus tahun ini.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal — 153 daripadanya warga China — hilang pada awal pagi 8 Mac lalu kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kehilangan pesawat itu jadi misteri kerana ia gagal dikesan oleh radar dan serpihannya, jika ia terhempas, juga tidak dapat ditemui.
Usaha mengesan pesawat itu dipergiatkan di kawasan Lautan Hindi selepas petunjuk akhir merumuskan penerbangannya "berakhir" di kawasan perairan itu yang terletak kira-kira 2,000 kilometer dari pesisir pantai barat Australia.
Topic Berkaitan
##MengenangMH370
#Beijing
#boikot
#China
#Kuala Lumpur
#MH370
#penerbangan Malaysia
#Weibo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan