Skip to main content

Dunia

Ahli Demokrat AS gesa Rubio hentikan perluasan penempatan Israel

Today,  @janSchakowsky  & I led 85 of our colleagues in calling on  @SecRubio  to use every diplomatic tool available to stop imminent Israeli settlement construction in the E-1 area of the West Bank._X @RepMarkPocan
Langkah terbaharu ahli Demokrat itu mencerminkan tekanan politik yang berterusan dalam AS terhadap dasar Israel di wilayah Palestin yang diduduki. - Foto X/Rep. Mark Pocan

WASHINGTON: Dua ahli Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menggesa Setiausaha Negara, Marco Rubio, supaya mengambil tindakan tegas bagi menghentikan pembinaan penempatan Israel yang dianggap haram di Tebing Barat.

Seruan itu diketuai oleh Ahli Parlimen Mark Pocan yang meminta pentadbiran Presiden Donald Trump menggunakan semua saluran diplomatik dan perundangan bagi mengekang perluasan tersebut.

“Sebagai negara paling berkuasa di dunia, kita perlu menggunakan pengaruh kita untuk bertindak sekarang,” kata Pocan.

Gesaan itu turut menumpukan perhatian terhadap kawasan sensitif E1, iaitu sebidang tanah strategik di timur Baitulmaqdis yang terletak antara Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan penempatan Israel di Maale Adumim.

Pemerhati antarabangsa berpendapat pembinaan penempatan baharu di kawasan E1 boleh menjejaskan usaha mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan bersempadan berterusan.

Perluasan penempatan Israel di Tebing Barat telah lama menjadi isu kontroversi serta mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa, yang menganggapnya melanggar undang-undang antarabangsa.

Langkah terbaharu ahli Demokrat itu mencerminkan tekanan politik yang berterusan dalam AS terhadap dasar Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
 

 

Must Watch Video

Advertisement