WELLINGTON: Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman meletak jawatan hari ini atas dakwaan mencuri di kedai dan butik pakaian.
Ghahraman daripada Green Party kini sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.
Beliau yang juga jurucakap parti itu mengaku gagal mencapai standard diharapkan daripada ahli politik dan memerlukan masa untuk mengatasi tekanan dan kesihatan mentalnya.
"Tekanan berkaitan dengan kerja mendorong saya untuk bertindak di luar kawalan. Saya tidak cuba untuk memaafkan tindakan saya, tetapi saya mahu menjelaskannya," katanya dalam satu kenyataan.
Ghahraman, 42, kelahiran Iran, berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian.
Selepas belajar undang-undang, Ghahraman menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024
Ghahraman berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian. - Foto Agensi/Sinar Harian
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan
Polis Daerah Cheras, sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, pada Sabtu malam.
Golongan belia digalak timba ilmu di China - Ahmad Zahid
Ini kerana China memiliki kelebihan dalam aspek teknologi tinggi yang harus dipelajari seterusnya dimanfaatkan untuk pembangunan Malaysia.
Statistik Membaca Malaysia
Kajian profil membaca yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati kadar pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada dua naskah buku setahun pada tahun 2005 kepada 15 naskah buku setahun pada 2014.
Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada dua naskah buku setahun pada tahun 2005 kepada 15 naskah buku setahun pada 2014.
Netanyahu semakin tidak popular, hanya datangkan malapetaka
Pemimpin Pembangkang Israel, Yair Lapid menyifatkan Benjamin Netanyahu hanya mementingkan kelangsungan karier politiknya dan tindakannya ketika ini mendatangkan malapetaka kepada Israel.
Enam sungai di Lembah Klang dimonopoli spesies ikan asing
Sebanyak enam sungai di Lembah Klang dimonopoli spesies ikan asing seperti ikan bandaraya, tilapia hitam dan keli afrika. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Datuk Adnan Hussain berkata keadaan itu amat membimbangkan terhadap ekosistem sungai berkenaan.
Pelajar tajaan MARA segerakan ke China
Penuntut Malaysia yang berada di China khususnya di Shanghai merebut peluang menimba ilmu untuk dimanfaatkan apabila pulang ke tanahair.
Subsidi diesel: Rakyat seperti bertimpa-timpa dibeban, kata Muhyiddin
Penarikan subsidi diesel seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, dan bakal disusuli dengan RON95, ibarat beban yang bertimpa-timpa ke atas rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam catatan di laman media sosialnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat secara sinis menyinggung Anwar yang dahulunya berjanji akan menurunkan harga minyak, namun realitinya tidak begitu.
Dalam catatan di laman media sosialnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat secara sinis menyinggung Anwar yang dahulunya berjanji akan menurunkan harga minyak, namun realitinya tidak begitu.
Jumlah pengunjung meningkat setiap tahun
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur menjadi acara tahunan dan jumlah peserta dan pengunjung meningkat setiap tahun.
Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5G Advanced dalam penstriman langsung Sukma 2024
Ia sekali gus bakal menyaksikan kelajuan internet lapan kali ganda lebih pantas berbanding 5G sedia ada.
Sawah tenggelam, petani gagal tanam semula padi
Lebih 20 pesawah terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit akibat lebih 30 hektar sawah digenangi air.
Ahli Parlimen New Zealand letak jawatan, didakwa mencuri di butik
Ghahraman daripada Green Party kini sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.