awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5G Advanced dalam penstriman langsung Sukma 2024

Bernama
Bernama
26/05/2024
12:15 MYT
Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5G Advanced dalam penstriman langsung Sukma 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyantuni komuniti setempat pada Program Sembang Santai Bersama Komuniti MADANI Sarawak di Restoran King's Laksa Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kementerian Komunikasi merancang untuk menggunakan teknologi 5G Advanced atau 5.5G dalam penstriman langsung temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak Ogos ini menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menerima permohonan daripada syarikat telekomunikasi yang berhasrat bekerjasama dengan RTM bagi tujuan itu, sekali gus bakal menyaksikan kelajuan internet lapan kali ganda lebih pantas berbanding 5G sedia ada.
"Bezanya ialah kalau di peringkat 5G kita boleh dapat (kelajuan internet) sekitar hampir maksimum 1 Gbps, dengan 5G-Advanced dia boleh mencapai lebih lapan Gbps, lapan kali ganda lebih laju.
"Jadi kelajuan ini diperlukan terutama dalam bidang penyiaran sekiranya kita ingin sulam atau masukkan live elements tertentu dalam siaran, jadi saya nampak ini satu teknologi yang agak menarik dan kita akan usaha untuk melaksanakan sempena SUKMA nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Komuniti MADANI Sarawak yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Julina Johan.
Sementara itu ditanya sama ada penggunaan teknologi itu akan turut digunakan di lokasi SUKMA lain seperti di Sibu dan Bintulu, Fahmi berkata pihaknya perlu mengkaji beberapa aspek teknikal terlebih dahulu dan melaksanakan kajian lapangan.
"Ia belum boleh digunakan secara meluas, kita akan buat sebagai proof of concept, kita akan manfaatkan di Kuching, kita ada beberapa aspek teknikal yang perlu kita kaji," katanya.
Sementara itu Fahmi turut menjangkakan Malaysia berupaya menyediakan kemudahan internet menerusi perkhidmatan satelit "direct to device" atau terus ke peranti satelit pada 2026 atau 2027.
Beliau berkata ketika ini Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan tiga syarikat dari luar negara yang mengendalikan teknologi itu, namun belum menerima sebarang permohonan daripada mereka bagi tujuan berkenaan.
"Bagaimanapun di banyak negara, teknologi ini masih di peringkat percubaan dan belum dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau di Amerika Syarikat, badan kawal selia Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) baru keluarkan laporan hasil kajian daripada teknologi itu," katanya.
Fahmi berkata di Malaysia, dalam usaha mendapatkan 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk, beberapa teknologi baharu termasuk internet satelit seperti Starlink dan teknologi direct to device diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#teknologi 5G Advanced
#penstriman langsung
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan