awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik pembangkang Uganda berdepan pertuduhan derhaka dibenar ikat jamin

Bernama
Bernama
28/08/2018
04:36 MYT
Ahli politik pembangkang Uganda berdepan pertuduhan derhaka dibenar ikat jamin
Robert Kyagulanyi (tengah) mengetuai aktivis mengadakan demonstrasi menentang pengenalan cukai baru di Kampala, Uganda, 11 Julai, 2018. REUTERS/Fail
Seorang hakim Uganda telah membenarkan 12 ahli politik pembangkang diikat jamin, termasuk penulis lagu terkenal Robert Kyagulanyi, yang berdepan pertuduhan menderhaka berikutan peranan mereka dalam tindakan membaling batu ke arah konvoi Presiden Yoweri Museveni bulan ini.
Kyagulanyi, yang hanya menduduki kerusi parlimen tahun lepas, didakwa tidak mampu berdiri selepas dibelasah ketika dalam tahanan, kata peguamnya yang memetik kenyataan saudara-mara yang melawat beliau.
Kerajaan Uganda menyifatkan dakwaan itu sebagai "mengarut."
Penahanan Kyagulanyi dan ahli politik lain yang lantang mengkritik Museveni telah mencetuskan demonstrasi antikerajaan selama dua hari di ibu negeri Kampala dan bahagian lain Uganda minggu lepas.
Kesemua 12 ahli politik menafikan dakwaan terhadap mereka.
"12 pemohon terbabit telah dibenarkan ikat jamin. Saya akan menetapkan syarat selanjutnya bagi ikat jamin mereka kemudian," kata Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Mubiru dalam satu prosiding yang disiarkan menerusi televisyen.
Ikat jamin sebanyak 5 juta Shilling Uganda ditetapkan bagi setiap pemohon, dan perlu dibayar jika mereka gagal hadir sekali lagi ke mahkamah.
Mubiru telah memerintahkan mereka untuk hadir semula di sebuah mahkamah lebih rendah pada 30 Ogos untuk sebutan kes, namun menolak permohonan pihak pendakwaan yang mahu pasport semua tertuduh dirampas.
Kyagulanyi, seorang pemuzik terkenal, telah menggubah beberapa lagu yang mengkritik kerajaan Museveni dan berjaya memenangi hati sebahagian besar generasi muda.
Penunjuk perasaan dan penyokong pembangkang menuduh Museveni, yang berkuasa sejak 1986, menyekat perbezaan pendapat melalui intimidasi, tindakan membelasah dan penahanan, yang disangkal oleh kerajaan beliau.
Oktober lepas, ketika parlimen membahaskan sama ada memansuhkan had umur perlembagaan yang akan menghalang Museveni - kini berusia 74 tahun - daripada bertanding semula pada 2021, pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan telah bertempur di jalanan yang menyaksikan dua penunjuk perasaan maut.
Had umur presiden telah dimansuhkan selepas itu.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Topic Berkaitan
#ahli politik
#baling batu
#bertanding
#derhaka
#dibelasah
#had umur
#hakim
#mahkamah
#pembangkang
#penulis lagu
#Pertuduhan
#presiden
#Robert Kyagulanyi
#Tahanan
#Uganda
#Yoweri Museveni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan