PENYELIDIKAN baharu daripada Accenture (NYSE: ACN) mendapati bahawa AI generatif dan beberapa teknologi lain yang berkembang pesat, sedang membawa masa hadapan baharu yang berani kepada perniagaan apabila dunia realiti dan maya menjadi saling berhubungkait.

Accenture Technology Vision 2023, “When Atoms Meet Bits: The Foundations of Our New Reality” meneroka trend teknologi yang menyokong penggabungan alam fizikal dan digital, ketika perniagaan berusaha untuk mempercepatkan penciptaan semula perusahaan pada zaman ini.

Dengan 99 peratus daripada eksekutif di Malaysia bersetuju bahawa pelaburan dalam teknologi yang pesat membangun akan membantu organisasi mereka agar kekal berdaya tahan di peringkat global, edisi laporan tahun ini menawarkan wawasan perniagaan berkaitan langkah-langkah yang diperlukan oleh perusahaan untuk berkembang pada hari ini, dimana pengalaman fizikal dan digital semakin rancak terjalin.    

Peningkatan mendadak ChatGPT telah menarik perhatian dunia tentang kuasa AI generatif dalam meningkatkan kebolehupayaan manusia.

Malah, 98 peratus daripada eksekutif di Malaysia bersetuju bahawa kemajuan dalam AI generatif membawa era baharu kepintaran perusahaan, dan menjangkakan bahawa model-model asas AI tersebut akan memainkan peranan yang penting dalam strategi organisasi mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Accenture’s Technology Vision 2023 mengenal pasti empat trend yang penting dalam meneroka realiti perkongsian baharu ini:
“Inovasi teknologi membentangkan sempadan yang mengujakan untuk Malaysia, terima kasih kepada usaha berterusan kerajaan dalam membina masyarakat celik digital bagi memacu pertumbuhan dan transformasi ekonomi.

"Pengenalan kepada Malaysia Digital tahun lalu mencerminkan komitmen negara untuk memanfaatkan potensi teknologi.

“Kita sedang menyaksikan penggabungan alam fizikal dan digital yang lancar  mencipta sebuah perkongsian realiti.

"Dengan 95 peratus daripada eksekutif Malaysia dan 98 peratus daripada eksekutif perkhidmatan awam global bersetuju bahawa penggabungan ini akan mengubah industri mereka dalam dekad yang akan datang, kedua-dua sektor awam dan perniagaan di Malaysia perlulah menyesuaikan diri dan berubah sewajarnya.

"Laporan Technology Vision tahun ini meneroka trend seperti pengaburan sempadan antara alam fizikal dan digital, penyelesaian isu-isu kompleks, dan kesan revolusioner kemajuan saintifik dan teknologi yang memandu penggabungan ini. Ia menyediakan panduan penting untuk berkembang dalam landskap baharu ini," jelas Azwan Baharuddin, Pengarah Urusan Negara, Malaysia di Accenture.

Selama 23 tahun, Accenture telah meneliti secara sistematik merentasi landskap perusahaan dalam mengenal pasti trend teknologi yang berkemungkinan besar mengganggu perniagaan dan industri.

Untuk maklumat lanjut tentang laporan tahun ini, layari www.accenture.com/technologyvision atau ikuti perbualan tentangnya di Twitter dengan #TechVision.

Tentang Penyelidikan

Untuk laporan Technology Vision 2023, “When Atoms Meet Bits: The Foundations of Our New Reality”, Accenture telah mengumpulkan input daripada lembaga penasihat luaran yang terdiri daripada lebih dua dozen pengamal merentasi sektor awam dan swasta, akademia, modal kapital dan syarikat keusahawanan. Sejajar dengan itu, Accenture Research telah menjalankan tinjauan global terhadap 4,777 eksekutif tahap C dan pengarah di 34 negara dan 25 industri, temasuk 80 eksekutif di Malaysia. Tinjauan tersebut telah dikendalikan antara Disember 2022 dan Januari 2023.