Samun kafe Setapak: Mekanik dipenjara tiga tahun, satu sebatan

Mohamad Hasrul Aiman dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan sebatan kerana merompak dua telefon bimbit dan RM1,000 milik wanita Indonesia di kafe Setapak, bulan lepas. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik seorang wanita warga Indonesia, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Mekanik dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan sebatan kerana merompak dua telefon bimbit dan RM1,000 milik wanita Indonesia di kafe Setapak, bulan lepas.
- Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan hukuman penjara bermula 21 Disember selepas tertuduh mengaku bersalah.
- Mohamad Hasrul merayu hukuman ringan atas alasan tanggung keluarga, manakala Muhammad Hairul menafikan pertuduhan serupa dan hadir semula di mahkamah pada 22 Januari 2026.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Wafa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun, Mohamad Hasrul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung keluarga serta ibunya.
Di mahkamah sama, prebet Muhammad Hairul Andika Amir, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak mangsa serupa pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Muhammad Hairul dan menetapkan 22 Jan 2026 untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesalahan yang diakui oleh Mohamad Hasrul Aiman Mohd Hanapi di mahkamah? A: Mohamad Hasrul mengaku bersalah merompak dua telefon bimbit dan wang tunai milik seorang wanita warga Indonesia.
- Q: Di manakah kejadian rompakan berlaku dan pada tarikh apakah peristiwa tersebut berlaku? A: Rompakan berlaku di sebuah kafe di Jalan Langkawi, Setapak pada 3.32 petang, 5 November lepas.
- Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada Mohamad Hasrul Aiman Mohd Hanapi oleh Mahkamah Sesyen? A: Mohamad Hasrul dihukum penjara selama tiga tahun dan satu sebatan.
- Q: Mengikut Seksyen berapakah Mohamad Hasrul didakwa dan apakah hukuman maksimum yang boleh dikenakan? A: Mohamad Hasrul didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah 20 tahun penjara, denda, dan sebatan.
- Q: Mengapa Mohamad Hasrul merayu hukuman ringan di mahkamah? A: Mohamad Hasrul merayu hukuman ringan atas alasan yang dia menanggung keluarga serta ibunya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

