awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB

Bernama
Bernama
25/01/2025
15:25 MYT
AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB
Guterres menyatakan bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran dan menyeru negara-negara untuk mengekalkan kemanusiaan di tengah-tengah sistem pendidikan, lapor Xinhua.
Dalam mesejnya sempena Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Jan, Guterres menyatakan bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.
"Namun ganjaran luar biasa ini diiringi oleh risiko yang menakutkan. Apabila sistem dipacu AI menjadi lebih berkuasa, niat manusia dan kesan yang didorong oleh mesin boleh dengan mudah tidak sejajar," tambahnya.
Hari Pendidikan Antarabangsa tahun ini mengingatkan bahawa potensi AI hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan memastikan agensi manusia dan hak asasi manusia di tengah-tengah teknologi yang berkembang pesat ini, kata ketua PBB itu.
"Kecerdasan buatan tidak boleh menggantikan unsur pembelajaran manusia yang penting," Guterres menekankan. "Pada hari yang penting ini, mari kita komited untuk memastikan menusia kekal sebagai teras sistem pendidikan di mana-mana sahaja."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#PBB
#Antonio Guterres
#niat manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan