awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa

Amanz
Amanz
15/02/2024
02:10 MYT
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Mesin pencetak 3D logam boleh digunakan untuk mencetak komponen-komponen struktur yang boleh digunakan di angkasa lepas. - Foto Amanz
DENGAN projek menjelajah bulan dan planet Marikh dijangka bermula dalam masa beberapa tahun sahaja lagi, NASA dengan kerjasama beberapa pihak telah memulakan proses untuk membangunkan mesin pencetak 3D logam.
Ia boleh digunakan untuk mencetak komponen-komponen struktur yang boleh digunakan di angkasa lepas.
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
Mesin pencetak pertama akan digunakan di bumi oleh pihak European Space Agency (ESA) yang juga membiayai pembangunannya, dan juga penyelidik di Danish Technical University.
Yang kedua akan dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui misi bekalan semula Cygnus NG-20 tidak lama lagi.
Mesin pencetak 3D di stesen angkasa tersebut akan mencetak empat sampel, di mana setiap sampel akan mengambil masa 40 jam untuk dicetak.
Sampel-sampel ini kemudiannya akan dihantar ke pihak ESA dan Danish Technical University untuk diuji integriti dan sama ada ia selamat digunakan sebagai struktur bangunan.
Pemasangan mesin pencetak 3D logam di ISS ini akan menyingkatkan masa penghantaran struktur binaan ke lokasi-lokasi di bulan dan juga Marikh, di samping mengurangkan kos bahan api sekiranya ia berjaya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Airbus, modul mesin pencetak ini akan dimuatkan di dalam Columbus, iaitu makmal Eropah yang dipasang sebahagian daripada ISS.
Topic Berkaitan
#Airbus
#mesin pencetak 3D logam
#Angkasa Lepas
#Stesen Angkasa Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan