Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 November 2025.
Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada staf atas dedikasi mereka dan menutup bab Ipoh dengan penuh penghargaan.
Murid terbabit tidak memenuhi kriteria pendaftaran sekolah agama Islam swasta di Negeri Selangor.
Lebih menyentuh hati, pemergian Allahyarham berlaku selepas bacaan tahlil dan solat hajat oleh ahli keluarga.
Perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.
5. Keluarga Daim dapat kebenaran semakan kehakiman cabar SPRM beku akaun
5. Keluarga Daim dapat kebenaran semakan kehakiman cabar SPRM beku akaun
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan keluarga Daim layak untuk dilayan dan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 November ini.
6. Isu Muslim Choice: MFW ambil keputusan bubar pertubuhan secara rasmi hari ini
6. Isu Muslim Choice: MFW ambil keputusan bubar pertubuhan secara rasmi hari ini
Muslim Friendly Watch (MFW) hari ini memutuskan untuk membubarkan pertubuhan itu secara rasmi mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Malaysia boleh menarik balik pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.
Kerajaan Johor akan mempertimbangkan pemberian rebat susulan gangguan bekalan air akibat pencemaran Sungai Johor yang telah menjejaskan 292,158 akaun pengguna atau hampir 1.168 juta penduduk di empat daerah.
Pasport Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tangga ketiga dunia dalam ranking Passport Index 2025.
10. Inkues Zara Qairina: Saksi diminta sampaikan pesanan kepada pelajar lain supaya berhenti sindir Zara
Mahkamah Koroner diberitahu bahawa seorang rakan Zara Qairina Mahathir yang bersekolah di tempat lain pernah menghubungi saksi ke-37 melalui aplikasi TikTok bagi meminta beliau menasihati pelajar lain berhenti menyindir pelajar tingkatan satu itu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami