DUNIA
Aktivis pro-Palestin Mahmoud Khalil bebas, sedia perhebat misi perjuangan

Khalil berikrar untuk memperhebat usaha advokasi demi Palestin dan hak bersuara. - Foto AP
NEW YORK: Aktivis pro-Palestin yang baru dibebaskan dari tahanan imigresen Amerika Ssyarikat (AS), Mahmoud Khalil, berikrar untuk memperhebat perjuangannya demi hak rakyat Palestin, meskipun berdepan ancaman pengusiran oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Ringkasan AI
- Mahmoud Khalil, aktivis pro-Palestin dan penduduk tetap AS, dibebaskan selepas lebih 100 hari ditahan di bawah dasar imigresen kontroversi yang menyasarkan pelajar pro-Palestin.
- Khalil berikrar untuk memperhebat usaha advokasi demi Palestin dan hak bersuara, meskipun berdepan kemungkinan pengusiran serta sekatan pergerakan.
- Ketua CAIR menyifatkan pembebasan Khalil sebagai permulaan baharu bagi perjuangannya, manakala beliau sendiri menegaskan bahawa kehadirannya membawa mesej bahawa Palestin tidak akan dibisukan.
Dalam sidang media di Lapangan Terbang Newark, Khalil berkata: “Biarpun mereka ugut untuk tahan saya, malah jika mereka mahu membunuh saya sekalipun, saya tetap akan bersuara untuk Palestin.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan menyifatkan penahanannya sebagai cubaan untuk membungkam suara solidariti.
Ketua Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Nihad Awad, menyatakan bahawa pembebasan Khalil adalah “permulaan semula” dan bahawa beliau akan “melipatgandakan usaha advokasinya” demi keadilan di Gaza dan kebebasan bersuara di kampus-kampus AS.
Khalil, yang dilahirkan di kem pelarian Palestin di Syria, telah menjadi tokoh utama dalam gerakan mahasiswa menentang perang Israel di Gaza.
Beliau ditahan selama lebih 100 hari di pusat tahanan Louisiana sebelum dibebaskan atas jaminan selepas hakim persekutuan memutuskan bahawa penahanannya melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan AS.
Walaupun dibebaskan, Khalil masih berdepan proses perundangan imigresen dan sekatan pergerakan.
Namun, beliau menegaskan bahawa perjuangannya belum selesai: “Kewujudan saya sendiri adalah mesej – Palestin wujud, dan kami tidak akan dibisukan.”
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami