Skip to main content

Dunia

Aktiviti pemindahan minyak antara kapal meningkat di Teluk Oman

A busy day in the Gulf of Oman, where there are at least fifteen sets of STS transfer sessions taking place. We count 25 million barrels of crude oil; plus some refined products. The oil originates from almost every country in the region, minus Iran._X @TankerTrackers
TankerTrackers.com mengenal pasti lima lagi sesi pemindahan STS, termasuk satu operasi membabitkan gas petroleum cecair (LPG) dari Iran. - Foto X/@TankerTrackers
Advertisement

DUBAI: Teluk Oman menyaksikan peningkatan ketara aktiviti pemindahan minyak antara kapal ke kapal (ship-to-ship, STS), dengan sekurang-kurangnya 20 sesi pemindahan direkodkan dalam tempoh sehari, menurut firma penjejakan kapal TankerTrackers.com.

Aktiviti STS melibatkan pemindahan kargo secara terus dari sebuah kapal ke kapal lain di laut dan lazim digunakan bagi mengelakkan singgahan di pelabuhan atau menyamarkan asal usul kargo, khususnya di kawasan yang berdepan sekatan atau berisiko tinggi.

Menerusi catatan di platform X, TankerTrackers.com melaporkan jumlah keseluruhan minyak mentah yang terlibat dalam operasi berkenaan dianggarkan mencecah 25 juta tong, selain turut melibatkan pelbagai produk petroleum bertapis.

Firma itu berkata kargo yang dipindahkan berasal daripada hampir semua negara pengeluar di rantau berkenaan, kecuali Iran.

Bagaimanapun, dalam kemas kini terbaharu, TankerTrackers.com memaklumkan pihaknya mengenal pasti lima lagi sesi pemindahan STS, termasuk satu operasi membabitkan gas petroleum cecair (LPG) dari Iran.

Teluk Oman semakin menjadi tumpuan bagi aktiviti pemindahan kapal ke kapal ketika syarikat perkapalan serantau mencari laluan dan kaedah alternatif bagi mengurus penghantaran tenaga yang lazimnya melalui Selat Hormuz.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan strategik yang menghubungkan Teluk Arab dengan Laut Arab dan menjadi antara koridor perdagangan minyak paling penting di dunia.

Peningkatan aktiviti STS di Teluk Oman mencerminkan perubahan corak pergerakan kapal-kapal tangki di rantau itu ketika ketidaktentuan geopolitik dan kebimbangan terhadap keselamatan perkapalan terus mempengaruhi operasi perdagangan tenaga global.

 

 

Must Watch Video

Advertisement