Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Oktober 2026.

1. Pengupacaraan perkahwinan sivil bukan pengambilalihan peranan pemimpin agama - JPN

Pengupacaraan perkahwinan sivil oleh pihak yang diberi kuasa di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tidak boleh disamakan dengan pelaksanaan ritual keagamaan.

2. Jenazah pegawai AKPS selamat dikebumikan

Jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang ditemukan maut di Kuarters KLIA di Nilai, pada Khamis, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat, awal pagi ini.

3. PKR struktur semula kepimpinan negeri, Mahmud Epah dilantik pengerusi MPN Sarawak

PKR mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan negeri dengan menamakan Mahmud Epah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak yang baharu.

4.  Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting 

Rakyat Malaysia digalak mendaftar dengan Kedutaan melalui e-Konsular dan mengemas kini maklumat perhubungan bagi memudahkan bantuan ketika kecemasan.

5. Kebakaran hutan: "Azab mereka di neraka jahanam" - Doa pendakwah Indonesia

Ustaz Abdul Somad Batubara, mendoakan supaya pihak yang terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah di Indonesia menerima azab, termasuk di neraka jahanam.

6.  Jabatan Penjara di fasa akhir gubal peraturan tahanan rumah

Jabatan Penjara Malaysia sedang di fasa akhir menggubal peraturan dan syarat pelaksanaan tahanan di rumah untuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

7. Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 Nov palsu - MOF

Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.

8. PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN - Ab Rauf

Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjadi antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.

9. Ekonomi Malaysia pelbagai, pemampan fiskal mampu kurangkan kejutan luaran - Amir Hamzah

Ekonomi Malaysia yang pelbagai, pasaran eksport yang berdaya tahan, serta penampan fiskal yang lebih kukuh akan membantu mengurangkan kesan kejutan luaran dan menyokong prospek pertumbuhan negara bagi tahun 2027, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

10. Kebakaran hutan: Pemerintah Indonesia telah gagal - Belgis Habiba

Greenpeace Indonesia mendakwa pemerintah negara itu gagal menangani kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlarutan, susulan kelemahan langkah mitigasi, pencegahan awal serta penguatkuasaan terhadap syarikat yang bertanggungjawab.

Must Watch Video

Advertisement