Skip to main content

Dunia

Aliran minyak saluran paip Arab Saudi dijangka pulih ketika konflik di Yaman memuncak

A satellite image shows a closer view of the damage at the Saudi Arabia East-West pipeline, located across the Arabian Peninsula, after a strike that hit it on September 11, 2026, in Saudi Arabia, September 13, 2026. Vantor/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT. DO NOT OBSCURE LOGO. TPX IMAGES OF THE DAY
Imej satelit menunjukkan gambaran lebih dekat kerosakan pada saluran paip Timur-Barat Arab Saudi yang merentasi Semenanjung Arab selepas ia terkena serangan pada 11 September 2026, di Arab Saudi. - Foto REUTERS
Advertisement

SANAA: Aliran minyak melalui saluran paip Timur-Barat Arab Saudi dijangka disambung semula dalam tempoh beberapa hari selepas operasi terjejas akibat serangan minggu lalu, menurut Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Chris Wright.

Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan bagi membolehkan saluran paip strategik itu kembali beroperasi, sekali gus membantu menstabilkan bekalan tenaga di rantau berkenaan.

Saluran paip Timur-Barat merupakan infrastruktur penting yang menghubungkan medan minyak di timur Arab Saudi dengan pelabuhan di pesisir Laut Merah, membolehkan eksport minyak dilakukan tanpa melalui Selat Hormuz.

Perkembangan itu berlaku ketika konflik di Yaman terus memuncak.

Kumpulan Houthi mendakwa Arab Saudi melancarkan puluhan serangan udara ke atas beberapa lokasi yang dikuasainya dalam tempoh kebelakangan ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa menuduh Houthi menyebabkan kematian orang awam serta memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka susulan kemaraan pantas kumpulan berkenaan di beberapa kawasan.

Pertempuran yang berlarutan turut menjejaskan usaha kemanusiaan dan meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan infrastruktur tenaga di rantau Asia Barat.

Ketegangan yang semakin meningkat antara pihak bertelagah juga mencetuskan kebimbangan dalam pasaran global, memandangkan sebarang gangguan terhadap kemudahan tenaga utama di rantau itu berpotensi memberi kesan kepada bekalan dan harga minyak dunia.

 

 

Must Watch Video

Advertisement