Skip to main content

Malaysia

Satu PPS dibuka di Beruas tempatkan 17 mangsa ribut

Kesemua mangsa daripada enam keluarga itu berlindung di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Beruas. - Foto APM PERAK
Kesemua mangsa daripada enam keluarga itu berlindung di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Beruas. - Foto APM PERAK

Advertisement

Advertisement

IPOH: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan Beruas pada Ahad bagi menempatkan 17 mangsa yang terjejas akibat ribut pada Sabtu.

Pegawai Daerah Manjung Shamsul Ridzuan Idris berkata PPS berkenaan dibuka pada 10 malam.

“Terdapat mangsa-mangsa ribut yang berada di dewan (transit) masih belum sesuai untuk kembali ke rumah masing-masing,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung dalam kenyataan malam tadi.

Advertisement

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada enam keluarga itu berlindung di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Beruas.

Kawasan terjejas ialah Pekan Beruas, Taman Beruas, Taman Desa, Perumahan Awam, Taman Seri Delima, Taman Limau Emas, Taman Anggerik, Kampung Kilang, Kampung Dendang dan Kampung Paya Lima.

Advertisement

"Bagaimanapun tiada jalan yang dinaiki air atau terputus hubungan. Cuaca kini dilaporkan cerah manakala paras sungai berada pada tahap baik," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement