awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
WhatsApp uji ciri janaan gambar latar belakang guna AI
SUKAN
MOM senarai pendek calon CDM, timbalan ke Sukan SEA Thailand
MALAYSIA
Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Amaran China pada AS: Serangan ke atas Iran jejas kredibiliti Washington, situasi berisiko di luar kawalan

Agensi
Agensi
23/06/2025
23:20 MYT
Sponsor Banner
Amaran China pada AS: Serangan ke atas Iran jejas kredibiliti Washington, situasi berisiko di luar kawalan
Sebuah ambulans yang terbakar akibat serangan Israel kelihatan di atas jalan raya, di tengah-tengah konflik Iran-Israel, di Tehran, Iran baru-baru ini. - Gambar Reuters
BEIJING: China memberi amaran bahawa tindakan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran bukan sahaja menjejaskan kestabilan rantau Asia Barat, malah turut mencemarkan kredibiliti Washington di peringkat antarabangsa.
Menurut laporan penyiar rasmi negara itu, CCTV, Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong, menyeru semua pihak agar mengelak daripada menggunakan kekerasan serta tidak terus mengeruhkan konflik yang sedang memuncak.
“Semua pihak perlu menahan diri daripada dorongan untuk bertindak ganas. Elakkan daripada menambah api dalam ketegangan sedia ada,” kata Fu.
Tambahnya lagi, walaupun Iran mengalami kerosakan akibat serangan tersebut, kredibiliti Amerika Syarikat sebagai sebuah negara - khususnya dalam peranannya sebagai pihak dalam sebarang rundingan antarabangsa - turut terjejas teruk.
“Amerika Syarikat bukan sahaja mencalarkan imejnya sendiri, malah kehilangan kepercayaan sebagai peserta yang boleh dipercayai dalam diplomasi global,” katanya lagi.
Sementara itu, akhbar berpengaruh China, Global Times, dalam satu artikel pendapat menegaskan, campur tangan ketenteraan oleh kuasa luar tidak pernah membawa kedamaian, sebaliknya, hanya akan “mendalamkan kebencian serta luka trauma serantau.”
Beijing sejak awal lagi menegaskan pendiriannya agar krisis Iran dan Amerika Syarikat diselesaikan melalui dialog diplomatik, sambil memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh mengheret rantau itu ke dalam konflik yang lebih besar dan sukar dikawal. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Amerika seran Iran
#kemudahan nuklear Iran
#amaran China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami