awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut

Bernama
Bernama
01/02/2025
07:30 MYT
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) sedang menjalankan siasatan.- Foto Reuters
ISTANBUL: Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Agensi Anadolu (AA) pesawat itu yang dilaporkan sebagai ambulans udara, berlepas dari Northeast Philadelphia Airport sebelum terhempas sekitar 6:30 petang waktu tempatan (2330GMT), mencetuskan beberapa kebakaran.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata terdapat dua orang di dalam pesawat.
Tetapi seorang wartawan FOX 29 tempatan memetik Polis Philadelphia yang mengatakan sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua juruterbang, dua doktor, seorang pesakit dan seorang ahli keluarga, dipercayai terbunuh.
Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy berkata terdapat enam orang di dalam pesawat, mengukuhkan laporan media.
Pasukan kecemasan telah tiba di lokasi nahas, yang saksi melaporkan mendengar letupan kuat dan melihat beberapa kenderaan terbakar.
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) sedang menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambulans udara terhempas
#Philadelphia
#Amerika Syarikat
#mangsa maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan