Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Dakwaan penolakan calon BN di empat kerusi pandangan ‘musuh politik’ - Ab Rauf

Ab Rauf bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Pendidikan Tinggi TVET MARA Negeri Melaka peringkat Masjid Tanah, dhari ini. - Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari
Ab Rauf bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Pendidikan Tinggi TVET MARA Negeri Melaka peringkat Masjid Tanah, dhari ini. - Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menolak dakwaan penolakan calon BN di empat kerusi DUN sebagai pandangan musuh politik.
  • Empat kerusi DUN terlibat ialah Kuala Linggi, Pantai Kundor, Kelebang dan Ayer Molek, dengan calon BN berdepan saingan pelbagai parti.
  • Hari Pengundian PRN Melaka ke-16 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 14 November ini.
Advertisement

MASJID TANAH: Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan dakwaan wujud penolakan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai pandangan yang datang daripada musuh politik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu menegaskan, pandangan daripada pihak yang berbeza cenderung memberikan gambaran negatif terhadap parti lawan.

Penolakan calon didakwa berlaku di empat kerusi iaitu Kuala Linggi, Pantai Kundor, Kelebang dan Ayer Molek.

Advertisement

“Kita kena terima semua pandangan ini. Tengok pada sudut mana yang datang.

“Kalau datang pada sudut musuh politik, pastinya ia akan memberikan satu pandangan yang negatif,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Pendidikan Tinggi TVET MARA Negeri Melaka peringkat Masjid Tanah, di sini hari ini.

Advertisement

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga calon DUN Tanjung Bidara yakin semangat kemenangan parti mampu menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Bagi saya, ‘winning spirit’ kita akan selesaikan segala permasalahan ini dan kita pasti akan menepati rintangan ini. Insya-Allah,” tambahnya.

Pada PRN Melaka ke-16, DUN Kuala Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Dr Nur Farhana Hamzah (Parti Bersama Malaysia), calon Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin, dan penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Rosli Abdullah.

Pada PRN Melaka 2021, Rosli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,836 undi selepas memperoleh 3,554 undi.

Di Pantai Kundor, BN meletakkan Datuk Tuminah Kadi bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Tuminah dicabar calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datin Seri Dr Asmah Samat.

Di Kelebang pula, BN meletakkan Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong yang berdepan saingan empat penjuru.

Ban Hong dicabar Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu), Young Jie Yu (Bersama) dan Farzana Hayani Mohd Nasir (PH).

Sementara di Ayer Molek, BN mempertaruhkan calon baharu, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali,  dan PH diwakili Muhammad Hakimin Mokhtar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai Hari Pengundian bagi PRN Melaka ke-16.
 

Must Watch Video

Advertisement