awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei

Bernama
Bernama
31/01/2023
08:19 MYT
Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Kenyataan itu dibuat sebagai membantah dua rang undang-undang Dewan yang akan menamatkan pengisytiharan darurat lebih awal. - Fail/Pexel
LOS ANGELES: Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.
PHE COVID-19 dan kecemasan negara telah diisytiharkan oleh pentadbiran bekas presiden Donald Trump pada 2020 yang tempoh tamat masing-masing adalah pada 1 Mac dan 11 April, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Rumah Putih, Pentadbiran Biden merancang untuk melanjutkan pengisytiharan darurat kepada 11 Mei dan kemudian menamatkan kedua-duanya pada tarikh berkenaan.
Kenyataan itu dibuat sebagai membantah dua rang undang-undang Dewan yang akan menamatkan pengisytiharan darurat lebih awal.
Darurat kesihatan awam dan kecemasan negara telah membolehkan hospital di AS bertindak balas dengan lebih fleksibel apabila berhadapan dengan peningkatan jumlah pesakit semasa lonjakan jangkitan COVID-19.
Menamatkan pengisytiharan mungkin mempunyai implikasi untuk pembiayaan bagi ujian saringan dan vaksinasi serta memberi kesan kepada dasar berkaitan pandemik lain, lapor Radio Awam Nasional (NPR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#darurat kesihatan awam
#COVID-19
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan