awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat: GM kurangkan pekerja kontrak

Bernama
Bernama
02/05/2023
04:34 MYT
Amerika Syarikat: GM kurangkan pekerja kontrak
Selain pakej pemberhentian, GM sedang mencari kaedah untuk mengurangkan perbelanjaan, antaranya dengan memberikan tumpuan kepada bidang yang menawarkan pulangan hasil dan margin keuntungan yang tinggi. - Gambar fail
CHICAGO: General Motors Co (GM) mengurangkan pekerja kontrak sebagai sebahagian program penjimatan kos sebanyak US$2 bilion, lapor Xinhua memetik The Detroit News pada Isnin.
Kebanyakan pekerja kontrak bekerja di Pusat Teknikal Global GM di Warren dan beberapa lokasi lain.
Untuk mengurangkan kos sebanyak US$2 bilion menjelang akhir tahun depan, GM telah menawarkan pakej pemberhentian kepada pekerja.
Pada awal April, seramai 5,000 pekerja menerima tawaran itu, lapor media tempatan memetik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) GM, Paul Jacobson.
Dengan penawaran pakej itu, pembuat kereta yang berpangkalan di Detroit itu menjangkakan mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran US$2 bilion tahun ini.
Selain pakej pemberhentian, GM sedang mencari kaedah untuk mengurangkan perbelanjaan, antaranya dengan memberikan tumpuan kepada bidang yang menawarkan pulangan hasil dan margin keuntungan yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pekerja kontrak
#General Motors
#pemberhentian pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan