awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat janji bantuan kemanusiaan AS$47 juta untuk Gaza

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2014
05:49 MYT
Amerika Syarikat janji bantuan kemanusiaan AS$47 juta untuk Gaza
KERRY: Hanya Hamas sahaja kini perlu membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa-nyawa orang awam. -gambar fail
Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang tiba di Kaherah pada Selasa menjanjikan bantuan kemanusiaan bernilai US$47 juta (RM149.1 juta) kepada Gaza dalam usahanya mendesak perjanjian damai di antara Hamas dan Israel.
Kerry tiba di Kaherah bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
“Hanya Hamas sahaja kini perlu membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa-nyawa orang awam,” kata Kerry di samping Ban yang turut merayu keganasan dihentikan serta-merta.
Menurut laporan AFP, kuasa-kuasa dunia kini turut mendesak Hamas untuk menerima cadangan gencatan senjata oleh Mesir.
Ketua Liga Arab Nabil al-Arabi turut menyuarakan desakan agar Hamas menerima cadangan yang mereka tolak pada minggu lalu itu.
Kerry dilaporkan bakal bertemu pemimpin Mesir termasuk Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu kini telah mencatat jumlah kematian 576 rakyat Palestin setakat hari ke-15 pada Isnin.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan seramai lebih 100,000 penduduk Gaza telah meninggalkan rumah masing-masing dan berlindung di 69 sekolah yang dikendalikan agensi pelarian Palestin milik PBB (UNRWA).
Dalam pada itu, Israel berkata kempen mereka adalah untuk menghapuskan serangan roket dari Gaza dan serangan darat pula adalah untuk menghapuskan terowong bawah tanah yang digali oleh Hamas ke Israel.
Hamas sebelum ini telah berkata syarat gencatan senjata mereka adalah Israel tidak lagi boleh mengenakan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan mereka yang ditahan di Tebing Barat.
Berita penuh boleh dibaca di sini.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan