ANGOLA, Haiti dan Kemboja adalah "Republik-republik Pisang" : negara-negara yang kedaulatan undang-undang tercemar kerana seorang lelaki atau wanita atau kumpulan yang berusaha untuk menghebatkan dirinya.
Terdapat tambahan baharu dalam senarai ini: Amerika Syarikat (AS). Sebagai salah satu demokrasi dunia paling tua dan paling berbangga, penurunan taraf negara yang menjolok mata ini merupakan hasil kerja satu orang.
Namanya ialah Donald Trump dan beliau ialah presiden ke-45. Seorang bintang pertunjukan realiti televisyen, penipu dan bigot, Trump telah "mengicaukan" prinsip-prinsip negaranya -- seperti dihuraikan oleh Perisytiharan Kemerdekaan, Perlembagaan dan Perisytiharan Hak -- untuk menjadi sampah.
Sudah tentu, beliau dapat bantuan. Beliau dapat upaya dengan bantuan sekumpulan lelaki dan wanita yang dikenali sebagai "Republikan." Pada tahun-tahun akan datang, ketika mana ahli-ahli sejarah meneliti bencana iaitu Kepresidenan Trump, menelusuri trajektori neofasis yang mengecewakan, salah satu daripada tarikh penting adalah pembebasannya oleh Senat AS daripada dakwaan pemecatan kerana salah guna kuasa dan menghalang Kongres pada 5 Februari 2020.
Orang Amerika telah menunjukkan bahawa jawatan tertinggi di negara itu dan merupakan orang paling berkuasa di dunia -- Kepresidenan -- yang boleh dimanipulasi untuk keuntungan peribadi, dan elit politik mereka secara aktif membantunya.
Di seberang Atlantik pula, seorang badut bekas pelajar Eton, seorang wartawan upahan bermutu rendah yang bertukar menjadi ahli politik, Boris Johnson telah memperjudikan Brexit dan bukan hanya melambungkan dirinya ke 10 Downing Street tetapi juga mempengaruhi kelas-kelas pekerja UK untuk mengundi berlawanan daripada kepentingan mereka sendiri.
Keanggotaan Kesatuan Eropah (EU) adalah lebih daripada hanya mengenai pasaran bersama dan pergerakan bebas. Ia mengehadkan, tetapi itulah secara tepat, peranannya: semua anggotanya menerima peraturan EU bagi mewujudkan keyakinan dan seterusnyan suasana bagi perdamaian dan juga pembangunan di benua mereka.
Kesemua itu sekarang telah tercampak keluar dari tingkap.
Jika orang Amerika utara yang mahu "Jadikan Amerika Hebat Semula" sedang hidup di Republik Pisang -- sepupu-sepupu British mereka yang mahu "mengawal semula" melalui Brexit wujud dalam suatu tayangan semula budak mewah "Downtown Abbey" berpintas dengan "1917" dan "Raj Quartet."
Apakah yang sedang berlaku? Bagaimanakah demokrasi-demokrasi berabad lamanya menjadi begitu rapuh dan merosakkan diri sendiri?
Pertama: Ketidaksamaan telah berada di luar kawalan. Dasar-dasar ekonomi tiris ke bawah yang dilancarkan oleh Ronald Reagan dam Margaret Thatcher pada lewat 1970/80 telah menggerakkan anjakan besar-besaran dalam kemakmuran dari para pekerja dan kelas menengah kepada pemilik dan pemegang saham. Gaji sebenar membeku dan dasar-dasar cukai yang memberi manfaat kepada penerima dividen tidak dijana oleh usaha mereka sendiri.
Selanjutnya, pemimpin-pemimpin yang lebih tengah (seperti Bill Clinton, Tony Blair dan Barrack Obama) mengekalkan dasar-dasar sama. Dan angka tidak menipu.
Apabila Thatcher memperoleh kuasa pada tahun 1979, industri pembuatan menggaji 6.8 juta rakyat --pada 2016 telah menurun 2.6 juta. Pada tahun 3017, tiga individu terkaya AS secara keseluruhan memiliki lebih kekayaan daripada 50 % bahagian bawah penduduk negara -- 160 juta orang. Koefisien Gini (suatu ukuran ketidaksamaan) melonjak di kedua-dua bahagian Atlantik.
Lagipun, kemunculan media sosial membolehkan maklumat palsu dan demagogi disebarkan dengan cepat dan tidak terhalang, meminda wacana dan mood nasional hampir sewenang-wenangnya.
Sementara itu, minoriti etnik dan agama serta juga wanita -- sewajarnya -- diwakili dalam kehidupan dan budaya awam Barat.
Bagaimanapun, kegagalan elit Inggeris-Amerika menangani ketidaksamaan tersebut membawa kepada kelas-kelas pekerja majoriti kulit berasakan bahawa pemimpin mereka lebih berminat terhadap permainan politik identiti daripada melindungi mereka.
Pada waktu sama, krisis pelarian yang muncul di Timur Tengah dan Afrika Utara (di AS, krisis pelarian adalah utamanya dari Amerika Latin) meningkatkan keresahan orang kulit putih kerana bimbang terpinggir di negara mereka sendiri.
Keadaan ini memberi peluang pada Trump dan lain-lain demagog untuk muncul. Ketidaksamaan ekonomi dan rasa tidak selamat budaya menggerakkan dorongan nativis orang kulit putih.
Adalah tidak jelas jika golongan progresif boleh menumpulkan gelombang ini (Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn gagal teruk) dan kelam-kabut di kaukus Parti Demokratik Iowa hanya menampilkan kesuraman ini.
Kita, di Asia Tenggara mesti belajar daripada kerapuhan demokrasi-demokrasi Atlantik Utara ini.
Mengetepikan kesilapan-kesilapan mereka -- demokrasi tetap masih cara terbaik untuk maju -- terutama bagi negara-negara pelbagai kaum dan agama.
Apa yang penting ialah untuk mengelak diri kita daripada kesilapan-kesilapan Barat. Kita mesti menangani ketidaksamaan yang meningkat dalam masyarakat kita. Pertumbuhan saja tidak akan membawa kestabilan dan perdamaian.
Laporan Bank Dunia 2018 mendapati bahawa indeks Gini Indonesia bertambah buruk dari 30.0 pada tahun 1990-an kepada 38.1 pada tahun 2017. Singapura (45.8 pada tahun 2016), Malaysia (45.5 pada tahun 2008) dan Filipina (44.4 pada tahun 2015), kesemuanya mempunyai indeks Gini melebihi 40: tanda-tanda ketidaksamaan pendapatan yang lebih tinggi.
Para pemimpin tidak mempedulikan tanda-tanda amaran seperti ini, yang akan mengancam mereka. Kita mesti melabur pada rakyat kita; keselamatan, kesihatan dan kemahiran mereka.
Selanjutnya, media sosial mesti ditundukkan. Ucapan kebencian dan posting provokasi sengaja mesti dibendung tanpa menggunakan tekanan yang tidak wajar.
Kerenggangan kaum dan agama yang jelas mesti diurus dengan amat cermat. Pendirian bersama perlu dicari -- atau dicipta -- antara komuniti majoriti dan minoriti kita.
Dan kita mesti kekal berhubungan: kedua-dua mempunyai maklumat terhadap isu-isu dan bersiap siaga menentamg mereka yang melakukan manipulasi terhadap perasaan tidak selamat kita.
Ia mungkin kelihatan seperti suatu tugas besar apabila bekas tuan kolonial kita dan model contoh telah gagal dengan kekecewaan Tiada pilihan lain. Kita tidak boleh menyertai Amerika dan Britain dalam tempat buangan sampah sejarah.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Mon Feb 10 2020
Orang Amerika telah menunjukkan bahawa jawatan tertinggi di negara itu dan merupakan orang paling berkuasa di dunia -- Kepresidenan -- yang boleh dimanipulasi untuk keuntungan peribadi. - Gambar fail
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.