awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza

Agensi
Agensi
07/12/2023
23:30 MYT
Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot iaitu anak kepada bekas ketua tentera dan menteri Kabinet Israel, Gadi Eisenkot dilaporkan maut dalam operasi serangan darat zionis itu di Gaza.
BAITULMAQDIS: Gal Meir Eisenkot iaitu anak kepada bekas ketua tentera dan menteri Kabinet Israel, Gadi Eisenkot dilaporkan maut dalam operasi serangan darat zionis itu di Gaza.
Gal Meir dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Bagaimanapun, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) tidak memiliki maklumat lengkap mengenai kematian Gal Meir selain hanya mendakwa, dia terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza.
"Bersama-sama dengan seluruh Israel, saya menghantar sokongan saya kepada Gadi dan kepada seluruh," kata pemimpin Parti Perpaduan Nasional, Benny Gantz dalam kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan kematian Gal Meir Eisenkot yang berusia 25 tahun.
Menurut laporan media antarabangsa, Gadi hanya mengetahui berita kematian anaknya itu ketika beliau mengadakan lawatan ke kem IDF di selatan Israel.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan rasa sedih dengan kejadian berkenaan.
Peperangan antara Israel dan Hamas telah berlanjutan selama dua bulan bermula 7 Oktober lalu.
Sejak tarikh berkenanan, Israel melancarkan serangan tanpa henti sehingga mengakibatkan lebih 17,000 rakyat Palestin meningga dunia sementara 1.9 juta atau 85 peratus penduduk kehilangan tempat berlindung.
Israel melancarkan siri balas dendam ke atas pasukan pejuang Hamas dari Palestin yang didakwa telah membunuh 1,200 rakyatnya dan menawan 240 tebusan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#anak bekas ketua tentera
#Gal Meir Eisenkot
#Israel serang Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan