awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bongsu Lee Kuan Yew jadi pelarian politik di UK

Bernama
Bernama
22/10/2024
09:17 MYT
Anak bongsu Lee Kuan Yew jadi pelarian politik di UK
Lee Hsien Yang berkata, dia masih warganegara Singapura dan berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat. - Gambar fail
SINGAPURA: Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, kini berada di United Kingdom sebagai pelarian politik selepas memohon suaka di negara itu pada tahun 2022 sebagai jalan terakhir.
Adik lelaki kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong itu dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, menjelaskan bahawa dia masih warganegara Singapura dan berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat.
Dalam hantaran itu, Hsien Yang mendakwa bersama-sama dengan kakaknya mendiang Lee Wei Ling, mereka bimbang mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa negara terhadap mereka dan keluarga.
Hsien Yang turut mendakwa bahawa akibat daripada risiko itu, dia tidak dapat menghadiri pengebumian Wei Ling.
Pertelingkahan dalam keluarga Lee mula tercetus selepas kematian bapa mereka, dengan perselisihan faham berhubung pelbagai isu, termasuk mengenai kediaman di 38 Oxley Road.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Yang
#pelarian politik
#Singapura
#Lee Kuan Yew
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan