Skip to main content

Malaysia

23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang

Seremban merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 172. - Gambar fail/Bernama
Seremban merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 172. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Seremban tertinggi pada 172.
  • Johor merekodkan lapan kawasan IPU tidak sihat, diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan Sarawak dengan bacaan antara 118 hingga 166.
  • Selain itu, 39 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana mengikut kategori yang ditetapkan oleh APIMS.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Seremban merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan Kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (166), Kluang dan Larkin (165), Tangkak (162), Pasir Gudang (161), Segamat (155), Pengerang (154) dan Kota Tinggi (151).

Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan IPU 166 dan Port Dickson (140), manakala di Melaka, iaitu Bukit Rambai mencatatkan bacaan 163, Bandaraya Melaka (160) dan Alor Gajah (158).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 159 dan Cheras (141), manakala Putrajaya mencatatkan 118, dan di Pahang, iaitu Rompin merekodkan bacaan 141.

Di Sarawak, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan bacaan 160, Sri Aman (157), Kuching (155), Kapit dan Samarahan masing-masing merekodkan 153.

Sementara itu, sebanyak 39 Kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement