awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Jackie Chan, Jaycee ditahan polis atas kesalahan dadah

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2014
11:49 MYT
Anak Jackie Chan, Jaycee ditahan polis atas kesalahan dadah
Kali terakhir Jaycee Chan mengemas kini akaun Weibo beliau adalah pada Selasa lepas - Foto AFP
Anak kepada pelakon kungfu terkenal Jackie Chan ditahan oleh pihak polis Beijing atas kesalahan berkaitan dadah, menurut laporan media China.
Lapor South China Morning Post yang memetik laporan Beijing News dan Beijing Times, Jaycee Chan, atau dikenali sebagai Fang Zuming, 31, ditahan bersama pelakon Taiwan Kai Ko Chen-tung, 23.
Masih lagi tiada maklumat tentang bila mereka berdua ditahan dan kedua-kedua mereka tidak mengemas kini akaun media sosial Weibo mereka sejak Selasa lepas.
Chan dan Ko merupakan antara selebriti dari China, Hong Kong dan Taiwan yang ditahan oleh pihak berkuasa Beijing yang mensasarkan penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti dalam tempoh dua tahun.
Pegawai yang menjawab telefon di balai polis Beijing enggan memberi sebarang komen.
Jaycee adalah satu-satunya anak lelaki Jackie.
Topic Berkaitan
#China
#Dadah
#Jackie Chan
#Jaycee Chan
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan