awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak jutawan antara mangsa korban dalam nahas pesawat di Iran

Agensi
Agensi
11/03/2018
21:51 MYT
Anak jutawan antara mangsa korban dalam nahas pesawat di Iran
Anak jutawan Huseyin Basaran, Mina Basaran, disahkan antara 11 orang penumpang yang maut dalam nahas pesawat persendirian di Iran - Foto Instagram/minabasaran
Anak jutawan Turki, Huseyin Basaran, Mina Basaran, disahkan antara 11 penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat peribadi yang terhempas di kawasan pergunungan di Iran.
Pesawat jenis Bombardier CL604 itu membawa lapan penumpang dan tiga anak kapal, dalam perjalanan pulang dari Dubai.
BACA: Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut
Ketua Palang Merah Turki mengesahkan tiada penumpang terselamat, disebabkan pesawat berkenaan terhempas dalam keadaan cuaca buruk.
Sementara itu, jurucakap Organisasai Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh memaklumkan, pesawat tersebut terhempas di barat daya bandar Shahr-e Kord.
Penduduk tempatan yang pertama tiba di lokasi nahas memaklumkan tiada mangsa ditemui terselamat, dan sebahagian mayat mangsa dilaporkan rentung.
Lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan juga menyukarkan usaha mengeluarkan mangsa.
Selain Mina, penumpang lain pesawat tersebut difahamkan rakan rapat beliau, yang baru selesai mengadakan parti bujang, sebelum Mina dijadualkan melangsungkan perkahwinan bulan depan.
Pesawat Bombardier CL604 yang dirakam Mina Basaran di akaun media sosialnya - Foto Instagram/minabasaran
Pesawat Bombardier CL604 yang dirakam Mina Basaran di akaun media sosialnya - Foto Instagram/minabasaran
Pesawat peribadi berkenaan adalah milik Huseyin Basaran, bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Turki, Trabzonspor.
Basaran memiliki beberapa rangkaian perniagaan besar, termasuk dari kapal layar kepada sektor tenaga.
Salah satu daripada syarikatnya disenarai sebagai pemilik terbesar saham di Bank Middle East (BSC).
Basaran turut memiliki beberapa projek pembinaan apartment mewah di Istanbul, dinamakan sempena anaknya 'Mina Tower'.
Beberapa jam sebelum nahas, Mina Barasan memuatnaik gambar beliau dan tujuh rakan rapatnya dengan #minasbachelorette.
Gambar berkenaan dirakam di sebuah hotel mewah di Dubai.
Gambar terakhir dirakam Mina Basaran dan tujuh rakannya ketika mengadakan majlis parti bujang di sebuah hotel mewah di Dubai beberapa jam sebelum nahas berlaku - Foto Instagram/minabasaran
Gambar terakhir dirakam Mina Basaran dan tujuh rakannya ketika mengadakan majlis parti bujang di sebuah hotel mewah di Dubai beberapa jam sebelum nahas berlaku - Foto Instagram/minabasaran
Topic Berkaitan
#Dubai
#Istanbul
#Jutawan
#mina basaran
#Nahas
#perkahwinan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan