Anak kapal kargo dari Rusia yang tiba di Korea Selatan perlu dikuarantin

Agensi
Jun 24, 2020 12:05 MYT
Tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa anak kapal dari kapal kargo Rusia yang tiba di Busan beberapa hari lalu disahkan positif COVID-19. - Foto REUTERS
Semua anak kapal kargo dari Rusia yang tiba di pelabuhan Busan, Korea Selatan akan dikuarantinkan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Kim Kang-lip, tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa anak kapal dari kapal kargo Rusia yang tiba di Busan beberapa hari lalu disahkan positif COVID-19.
"Setakat 24 Jun, 12 tengah malam, terdapat 33 kes positif baharu dalam kalangan tempatan manakala 20 lagi dari luar negara menjadikan, 51 kes positif COVID-19 direkodkan.
"Setakat 24 Jun 12 tengah malam juga, jumlah kes positif di negara ini adlaah 12,535 kes dengan 1,324 masih dalam rawatan.
"Tiada kematian baharu direkodkan, jumlah kematian kekal, 281 kes," katanya.
BACA: COVID-19: 16 anak kapal Rusia di pelabuhan Busan disahkan positif
Kim turut menjelaskan, syarikat kargo perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya anak kapal meninggalkan kapal mereka dalam tempoh 14 hari kuarantin di Korea Selatan.
Jika maklumat tersebut gagal dimaklumkan, syarikat yang terlibat akan didenda dan dilarang memasuki negara itu.
#anak kapal #COVID-19 #Kim Kang-lip #Korea Selatan #kuarantin #Rusia