ATHENS: Anak pembaptisan kepada Puteri Diana, Putera Philippos melangsungkan perkahwinannya bersama Nina Flohr buat kali ketiga.

Putera Philippos, 35, yang merupakan anak lelaki bongsu kepada Raja Yunani, Raja Constantine III, melangsungkan perkahwinan bersama waris VistaJet berusia 34 tahun itu dalam satu majlis mewah pada Sabtu di Katedral Athens dan dihadiri keluarga diraja beberapa negara Eropah.

Turut serta Raja Constantine III sendiri, yang juga merupakan bapa pembabtisan Putera William dan ibu Putera Philippos, Ratu Anne-Marie dari Denmark selain Puteri Eugenie dan Puteri Beatrice.

Bapa kepada pengantin perempuan, jutawan Switzerland Thomas Flor juga dilihat menghadiri majlis berkenaan.

Pasangan pengantin ini berkahwin buat kali pertama dalam satu majlis tertutup di sebuah resort eksklusif di Saint Moritz pada Disember lepas.

Prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Switzerland hanya membenarkan bapa kepada kedua-dua pasangan pengantin hadiri majlis tersebut bersama seorang saksi.

"Kami baru sahaja berkahwin secara sivil," kata Nina dalam ciapan di akaun Instagram miliknya ketika itu bersama sebuah foto yang menunjukkan beliau bersama Putera Philippos.

Mereka kemudian mengadakan majlis kedua di Cambridgeshire, United Kingdom, memetik laporan Daily Mail.

Pertunangan mereka pertama kali diumumkan keluarga diraja Yunani pada September 2020 dalam satu kenyataan.