Skip to main content

Dunia

Anak Puteri Mahkota Norway dihukum penjara empat tahun

Norway's Marius Borg Hoiby on his way to a meeting with his lawyer in Oslo, Norway, Monday, Jan. 19, 2026. (Heiko Junge/NTB Scanpix via AP)
Mahkamah membebaskan Marius Borg Hoiby daripada dua daripada empat pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya, namun disabitkan kesalahan bagi dua lagi pertuduhan. - AP

STOCKHOLM: Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit, Marius Borg Hoiby, dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas pelbagai kesalahan jenayah, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik media Norway pada Isnin.

Menurut akhbar Verdens Gang, mahkamah membebaskannya daripada dua daripada empat pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya. Namun, beliau disabitkan kesalahan bagi dua lagi pertuduhan.

Laporan turut menyatakan Hoiby turut diperintahkan membayar pampasan kepada empat wanita, termasuk dua bekas teman wanitanya.

Atas faktor kesihatan, Hoiby, yang berdepan kira-kira 40 pertuduhan keseluruhannya tidak hadir secara fizikal ke mahkamah, sebaliknya mengikuti prosiding menerusi pautan video dari penjara.

Perbicaraan yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac itu mengejutkan Norway dan menarik perhatian media antarabangsa.

Hoiby ialah anak tiri kepada Putera Mahkota Haakon, pewaris takhta Norway, namun beliau tidak memegang sebarang gelaran diraja dan bukan anggota rasmi keluarga diraja.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement