awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman bom: Penumpang tenang, penerbangan Air France AF1741 ditunda

Bernama
Bernama
14/11/2015
23:48 MYT
Ancaman bom: Penumpang tenang, penerbangan Air France AF1741 ditunda
Pesawat itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam kira-kira 1.45 waktu tempatan pada Sabtu. - Gambar Hiasan (EPA / CAROLINE BLUMBERG)
Penumpang-penumpang penerbangan Air France AF1741 ke Perancis, yang tidak dapat berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam Belanda selepas menerima ancaman menerusi tweet, kelihatan tenang semasa berdepan dengan situasi itu, kata seorang penumpang dari Malaysia.
"Saya berada dalam penerbangan itu. Ketika kami di dalam pesawat, Air France menerima ancaman berhubung penerbangan ini. Mereka segera mengarahkan semua penumpang turun daripada pesawat...kemudian kami dikelilingi ramai pengawal keselamatan dan lelaki bersenjata," katanya kepada Bernama menerusi mesej whatsapp pada Sabtu.
Pesawat itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam kira-kira 1.45 waktu tempatan pada Sabtu.
Penumpang wanita itu berkata keseluruhan koridor berkenaan juga ditutup dan para penumpang diarahkan masuk ke dalamnya, sekiranya ada bom yang meletup.
"Mereka (pihak berkuasa lapangan terbang) juga menutup semua bidai koridor ini. Semua penumpang tenang, (ada) berbalas mesej telefon bimbit dan membaca," katanya yang enggan dikenali.
Selepas itu, dua pemeriksaan menyeluruh penerbangan dilakukan ke atas pesawat itu termasuk menggunakan anjing pengesan bahan letupan.
"Semua bagasi diimbas sepenuhnya bagi pengesahan...kami juga diperiksa," katanya.
Seorang juruterbang Air France turut menjelaskan situasi itu kepada para penumpang.
"Beliau (juruterbang lelaki) berkata jika kami berasa tidak selesa menaiki pesawat itu, kami boleh ditukarkan ke pesawat lain. Kami akan menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi," katanya.
Penumpang itu berkata pesawat itu berlepas pada 6.45 petang waktu tempatan pada Sabtu setelah penerbangan dilewatkan lima jam.
Topic Berkaitan
#Air France
#Air France AF1741
#Schipol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan