awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman tarif AS jejaskan hubungan transatlantik - Negara-negara Eropah

Bernama
Bernama
18/01/2026
23:10 MYT
Ancaman tarif AS jejaskan hubungan transatlantik - Negara-negara Eropah
Trump pada Sabtu menyatakan bahawa Washington akan mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda dan Finland bermula 1 Feb.
ISTANBUL: Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Belanda, Norway, Sweden dan United Kingdom mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad bagi mengecam ancaman tarif terbaharu Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Greenland.
Lapan negara berkenaan turut menegaskan komitmen mereka terhadap keselamatan Artik sambil mempertahankan kedaulatan mereka, lapor Anadolu Ajansi.
"Ancaman tarif menjejaskan hubungan transatlantik dan berisiko mencetuskan kitaran kemerosotan yang berbahaya. Kami akan terus bersatu dan menyelaraskan tindakan balas kami. Kami komited untuk mempertahankan kedaulatan kami," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut mengulangi komitmen kelapan-lapan negara berkenaan untuk memperkukuh keselamatan Artik sebagai "kepentingan bersama transatlantik".
"Latihan ketenteraan Denmark 'Arctic Endurance' yang diselaraskan lebih awal bersama sekutu adalah sebagai tindak balas kepada keperluan ini. Ia tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa," tegas kenyataan itu.
Kumpulan negara berkenaan juga menyatakan "solidariti penuh" kepada Denmark dan Greenland.
"Berdasarkan proses yang bermula minggu lepas, kami bersedia untuk mengadakan dialog berasaskan prinsip kedaulatan dan integriti wilayah yang kami pertahankan sepenuhnya," menurut kenyataan itu lagi.
Presiden AS Donald Trump pada Sabtu menyatakan bahawa Washington akan mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda dan Finland bermula 1 Feb.
Kadar berkenaan dilapor akan meningkat kepada 25 peratus pada Jun ini, melainkan terdapat perjanjian bagi "pembelian lengkap dan menyeluruh ke atas Greenland".
Pemimpin-pemimpin Eropah telah berikrar untuk mengambil tindakan tindak balas yang diselaraskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greenland
#tarif AS
#ancaman Trump
#negara Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan