awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman Zika: FDA keluar garis panduan pengambilan darah

Agensi
Agensi
17/02/2016
04:20 MYT
Ancaman Zika: FDA keluar garis panduan pengambilan darah
Bank darah boleh terus menyediakan platelet dan plasma jika teknologi pengurangan patogen digunakan. - Gambar hiasan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) menyarankan supaya tiada darah diambil dari zon aktif penularan virus Zika.
Menurut agensi itu, darah yang diperlukan untuk pemindahan boleh didapati dari kawasan di negara yang tidak mempunyai kes aktif penularan virus berkenaan.
Bank darah juga boleh terus mengumpul dan menyediakan platelet serta plasma jika teknologi pengurangan patogen yang diluluskan FDA digunakan.
Ini kerana teknologi pengurangan patogen semasa tidak diluluskan untuk merawat darah merah yang digunakan dalam kebanyakan pemindahan.
Sehubungan itu, FDA menyeru orang ramai yang berisiko dijangkiti virus Zika supaya menangguhkan pendermaan darah sekurang-kurangnya bagi tempoh empat minggu.
Ia sekali gus membantu mengurangkan risiko pengumpulan darah dan komponennya daripada penderma yang mungkin dijangkiti virus Zika.
Topic Berkaitan
#FDA
#kawasan penularan
#negara jangkitan Zika
#pendermaan darah
#virus Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan