awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Bernama
Bernama
03/08/2021
03:24 MYT
Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Pemeriksaan mengesahkan lelaki itu mempunyai sekurang-kurangnya sembilan waran tangkap di Pattani, Songkhla dan Satun. - Gambar hiasan
PATTANI: Seorang anggota kumpulan pemisah yang dikehendaki polis maut dalam satu insiden berbalas tembakan di daerah Nong Chik, Pattani dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) Isnin .
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol. Kol. Kiattisak Neewong berkata pasukan keselamatan yang bertindak atas maklumat telah mengepung sebuah rumah yang dipercayai tempat lelaki berusia 29 itu bersembunyi.
Beliau berkata terdapat tujuh orang dalam rumah termasuk lelaki itu, isteri dan anak perempuan pasangan itu yang berusia empat bulan.
"Pasukan keselamatan mengarahkan semua dalam rumah keluar dan menyerah diri. Semua telah menyerah diri kecuali lelaki itu.
"Usaha memujuk lelaki itu untuk menyerah diri gagal malah dia turut melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.
"Inisiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 5 minit.
"Apabila keadaan reda, kami menemui mayatnya di luar rumah selain menemui sepucuk pistol di sisi mayat," katanya.
Kiattisak berkata pemeriksaan mengesahkan lelaki itu adalah seorang anggota kumpulan pemisah yang dikehendaki dan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan waran tangkap di Pattani, Songkhla dan Satun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#berbalas tembakan
#anggota militan
#Pattani
#pasukan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan