Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Isu pelaburan UiTM: Bekas pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki salah guna kuasa RM42 juta

PUTRAJAYA, 10 Sept - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman bercakap pada sidang media dipejabatnya hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Abd Halim (foto) memaklumkan suspek dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis ini. -Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat, membabitkan nilai kira-kira RM42 juta.

Penahanan itu dipercayai berkaitan siasatan berhubung kerugian pelaburan yang melibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan di kediamannya di Lembah Klang kira-kira jam 1 petang Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2017 dengan meluluskan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan atau kepentingan dengannya.

Penahanan itu susulan siasatan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings pada 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau turut memaklumkan suspek dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis ini.

Must Watch Video

Advertisement