awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat banjir di Itali meningkat kepada 14 orang

Bernama
Bernama
19/05/2023
13:46 MYT
Angka kematian akibat banjir di Itali meningkat kepada 14 orang
Priolo bimbang hujan yang berterusan boleh mengakibatkan lebih banyak tanah runtuh. - Gambar fail/Reuters/Claudia Greco
ROM: Jumlah kematian akibat banjir besar di utara Itali meningkat kepada 14 orang selepas mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di bandar Faenza pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemindahan penduduk di kawasan berisiko di wilayah Emilia-Romagna masih diteruskan dan pihak berkuasa kini menumpukan usaha untuk memindahkan mangsa di Ravenna.
Hujan berterusan di kawasan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Jumlah hujan terkini tidak "seteruk" kadar hujan pada awal minggu yang menyebabkan tebing sungai pecah, menurut naib presiden wilayah itu Irene Priolo.
Priolo bimbang hujan yang berterusan boleh mengakibatkan lebih banyak tanah runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#jumlah kematian
#tanah runtuh
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan