awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat banjir El Nino di Kenya cecah 160 orang

Bernama
Bernama
06/12/2023
09:04 MYT
Angka kematian akibat banjir El Nino di Kenya cecah 160 orang
Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal. - Gambar REUTERS
NAIROBI: Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal, menurut jurucakap kerajaan Isaac Mwaura pada Selasa.
"Tindakan bersepadu untuk mengagihkan bekalan penting, termasuk makanan dan barangan bukan makanan, diteruskan melalui jalan raya dan pengangkutan udara dan digugurkan di kawasan yang terputus hubungan di 19 daerah yang terjejas.
Pemindahan penduduk juga sedang dijalankan dengan bot Tentera Laut Kenya dan Perkhidmatan Pengawal Pantai Kenya," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Mwaura.
Berikutan krisis yang semakin meruncing, kerajaan membuka sembilan kem tambahan di Wilayah Sungai Tana, Migori, Homa Bay, dan Voi bagi menampung penduduk yang hilang tempat tinggal.
Hujan berterusan di Kenya mencetuskan banjir, tanah runtuh dan banjir lumpur di seluruh negara.
"Kesan bencana ke atas infrastruktur sangat ketara, apabila banyak jalan tidak dapat dilalui, sekali gus menjejaskan pengangkutan dan penghantaran bantuan," kata Mwaura.
Sebanyak 36 sekolah juga ditenggelami air.
Kenya tidak bersendirian dalam menghadapi kesan buruk El Nino, negara-negara jirannya Somalia dan Ethiopia juga dilanda hujan lebat.
Hujan tanpa henti mengorbankan beratus-ratus penduduk, kehilangan tempat tinggal selain memusnahkan infrastruktur kritikal di tiga negara.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#El Nino
#banjir
#Kenya
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan