Skip to main content

Dunia

Angka kematian akibat Ebola di DR Congo lepasi 3,000 - Institut kesihatan

Statistik rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian daripada jumlah kes sebenar kerana ramai individu yang dijangkiti meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. - Gambar fail/Reuters
Statistik rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian daripada jumlah kes sebenar kerana ramai individu yang dijangkiti meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. - Gambar fail/Reuters

Advertisement

MOSCOW: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 6,186 dengan 3,007 kematian, menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan (INSP) DRC, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 86 kes baharu dan 57 kematian direkodkan.

“Dengan itu, jumlah keseluruhan kes mencecah 6,186, termasuk 3,007 kematian sejak wabak itu bermula,” menurut INSP dalam laporan hariannya.

Statistik rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian daripada jumlah kes sebenar kerana ramai individu yang dijangkiti meninggal dunia di luar kemudahan perubatan, menurut penilaian doktor dan petugas kemanusiaan yang ditemu bual oleh Washington Post di wilayah Ituri dan Kivu Utara.

Setakat ini, belum ada vaksin atau rawatan bagi strain baharu Ebola Bundibugyo yang mendapat kelulusan rasmi.

Bagaimanapun, data makmal menunjukkan vaksin baharu Ervebo yang dihantar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke DRC mungkin memberikan tahap perlindungan tertentu.

Pada 20 Ogos, WHO melaporkan bahawa 70,000 dos vaksin Ervebo dihantar ke DRC bagi melindungi petugas kesihatan dan untuk kegunaan ujian klinikal.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement