awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat gempa bumi di Cianjur, Indonesia meningkat kepada 103

Bernama
Bernama
22/11/2022
07:27 MYT
Angka kematian akibat gempa bumi di Cianjur, Indonesia meningkat kepada 103
Sekurang-kurangnya 390 orang cedera dan 31 masih hilang. - AP
JAKARTA: Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 5.6 di daerah Cianjur, Jawa Barat meningkat kepada 103 orang.
Sekurang-kurangnya 390 orang cedera dan 31 masih hilang, menurut data Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia setakat 9.55 pagi waktu tempatan hari ini.
Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata pasukan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat berikutan gempa bumi di darat pada Isnin berhampiran kawasan pergunungan Cianjur.
Lebih 7,100 orang termasuk daripada lapan keluarga di Sukabumi dan empat di Bogor ditempatkan di pusat pemindahan selepas 3,075 rumah rosak.
Gempa yang mencetuskan tanah runtuh dan merosakkan jalan raya di Cugenang dan Cijedil itu turut meruntuhkan dua jambatan, menurut kenyataan BNPB.
Abdul Muhari berkata lebih 118 gegaran susulan antara 1.5 dan 4.2 pada skala Richter direkodkan sejak gempa itu melanda.
Pihak Berkuasa Daerah Cianjur mengisytiharkan status respons kecemasan selama 30 hari sejak Isnin untuk menangani pasca bencana serta pemulihan.
BNPB menyediakan 1.5 bilion rupiah (RM438,000) untuk menampung perbelanjaan segera selain 500 juta rupiah (RM145,000) lagi pembiayaan khusus untuk logistik, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Cianjur
#angka korban
#mangsa cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan