Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Republik Czech seri 1-1 dengan Afrika Selatan

South Africa's Teboho Mokoena drives the ball past Czechia's Tomas Soucek during the World Cup Group A soccer match between Czechia and South Africa in Atlanta, Thursday, June 18, 2026. (AP Photo/Mike Stewart)
Kedua-dua pasukan memiliki satu mata selepas tewas dalam perlawanan pertama. - Foto AP
Advertisement

ATLANTA: Republik Czech diikat 1-1 oleh Afrika Selatan dalam Piala Dunia pada Khamis sekali gus mengekalkan peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke peringkat kalah mati, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Michal Sadilek membuka jaringan untuk Czech pada minit keenam yang diatur Aleksandr Sojka selepas lontaran jauh Vladimir Coufal mengakibatkan kekacauan pada benteng pertahanan Afrika Selatan.

Gol penyamaan pada minit ke-83 muncul tidak dijangka dengan Teboho Mokoena memperdayakan penjaga gol Matěj Kovář ke arah bertentangan dalam sepakan penalti selepas insiden bola terkena tangan Pavel Šulc.

Afrika Selatan gagal memecah pertahanan Czech dan tidak melakukan sebarang percubaan sehinggalah minit ke-74.

Pasukan Czech membayar harga kerana beraksi pasif selepas gol mereka.

Patrik Schick mensia-siakan peluang sebelum gol lawan dan mereka hanya memberi sedikit ancaman pada minit pertama separuh masa kedua apabila Lukáš Červ dinafikan oleh Ronwen Williams dan Schick menanduk masuk ke dalam pelukan penjaga gol pada sepakan sudut berikutnya.

Kedua-dua pasukan memiliki satu mata selepas tewas dalam perlawanan pertama, Republik Czech 1-2 ketika menentang Korea Selatan dan Afrika Selatan 0-2 berdepan tuan rumah bersama Mexico.

Mexico akan menentang Korea Selatan pada Khamis, manakala perlawanan terakhir Kumpulan A minggu depan akan menyaksikan Republik Czech melawan Mexico dan Afrika Selatan bertemu Korea Selatan.

Dua pasukan teratas daripada setiap 12 kumpulan mencapai pusingan 32 bersama-sama dengan lapan penamat tempat ketiga terbaik.

Afrika Selatan tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sementara Czech kali terakhir mara ke suku akhir pada 1990.

Perlawanan pada Khamis itu dirasmikan oleh pengadil Amerika Syarikat Tori Penso, menjadikan perlawanan Piala Dunia lelaki kedua yang diawasi seorang wanita, empat tahun selepas Stéphanie Frappart dari Perancis mengendalikan permainan Jerman-Costa Rica.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement