Skip to main content
Advertisement

Dunia

Angka kematian di Gaza meningkat 73,914, seramai 17 rakyat Palestin cedera dalam tempoh 24 jam

Mourners react while carrying a body during the funeral of three Palestinians, who were killed in an Israeli strike, according to medics, in Gaza City, July 16, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas
Hospital di seluruh Gaza menerima jenazah empat rakyat Palestin dan 17 orang yang cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

GAZA: Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,914, manakala 174,952 rakyat Palestin cedera sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan pada Isnin.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan bahawa hospital di seluruh Gaza menerima jenazah empat rakyat Palestin dan 17 orang yang cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Mereka mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025 meningkat kepada 1,393 manakala 4,822 lagi cedera.

Sebanyak 831 mayat ditemukan dari bawah runtuhan sejak gencatan senjata itu.

Sementara itu, sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, memandangkan kru ambulans dan penyelamat masih tidak dapat sampai ke lokasi mereka. 

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement