awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian gempa bumi Semenanjung Noto di Jepun meningkat kepada 62

Bernama
Bernama
03/01/2024
05:32 MYT
Angka kematian gempa bumi Semenanjung Noto di Jepun meningkat kepada 62
Pada Isnin Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa menyaksikan berapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter. - Gambar fail/Reuters
TOKYO: Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 62 orang setakat 8 pagi waktu tempatan Rabu selepas beberapa siri gempa bumi kuat pada Isnin dengan gegaran susulan mengakibatkan lebih banyak kerosakan, lapor Xinhua.
Selepas kejadian pada Isnin, satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto pada 10.54 pagi waktu tempatan Rabu pada kedalaman 10 km, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Pada Isnin Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa menyaksikan berapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter.
Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakan kejadian pada Isnin sebagai Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.
Agensi itu telah menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Jepun
#Semenanjung Noto
#tsunami
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan