awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian letupan lombong di utara Turkiye meningkat kepada 40

Bernama
Bernama
15/10/2022
15:39 MYT
Angka kematian letupan lombong di utara Turkiye meningkat kepada 40
Angka kematian dalam kejadian letupan lombong arang batu bawah tanah di wilayah Bartin di utara Turkiye yang memerangkap 110 pekerja, meningkat kepada 40 orang. - Foto REUTERS
ANKARA: Angka kematian dalam kejadian letupan lombong arang batu bawah tanah di wilayah Bartin di utara Turkiye yang memerangkap 110 pekerja, meningkat kepada 40 orang, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Suleyman mengesahkan 110 pekerja berada di lombong itu semasa letupan berlaku kira-kira 300 meter di bawah tanah pada petang Jumaat di bandar Amasra.
Daripada jumlah itu, 58 berjaya menyelamatkan diri, 11 cedera dan dimasukkan ke hospital manakala nasib seorang lagi pelombong belum dapat dipastikan, katanya kepada pemberita.
Letupan berlaku pada 6.15 petang waktu tempatan (1515 GMT) di Amasra Hard Coal Enterprise, menurut kenyataan pihak berkuasa wilayah Bartin pada Jumaat.
Siasatan awal mendapati letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh lembapan api, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Fatih Donmez.
Kebakaran sebahagian besarnya sudah berjaya dikawal namun, usaha mencari dan menyelamat masih berjalan, katanya.
Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Pada 2014, seramai 301 orang terbunuh di Turkiye dalam bencara kebakaran lombong arang batu terburuk, di bandar Soma di barat wilayah Manisa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan lombong
#utara Turkiye
#angka kematian
#bandar Amasra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan