HARARE: Angka rasmi korban runtuhan lombong emas di Zimbabwe meningkat kepada 13 orang selepas kerajaan memutuskan untuk menghentikan usaha mencari empat lagi pelombong yang hilang, kata pegawai.

Naib Presiden Zimbabwe Constantino Chiwenga memberitahu Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad bahawa tiada lagi harapan untuk mencari empat pelombong yang hilang dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat itu.

Seramai 34 pelombong terperangkap dalam kejadian di lombong terbiar di Chegutu, kira-kira 100 km barat laut Harare. Pasukan penyelamat menemukan 21 mangsa terselamat dan sembilan mayat.

Ketua Unit Tindak Balas Bencana, Nathan Nkomo, berkata usaha menyelamat terhalang oleh kekurangan sumber.

Zimbabwe mempunyai sejarah tragis kemalangan lombong, termasuk insiden di lombong arang batu Wankie pada 1972 apabila siri letupan bawah tanah di lombong milik British yang dikenali sebagai Rhodesia itu mengorbankan 427 nyawa.

-- BERNAMA