awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban akibat bumbung kelab malam runtuh meningkat kepada 184

Bernama
Bernama
10/04/2025
10:11 MYT
Angka korban akibat bumbung kelab malam runtuh meningkat kepada 184
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, namun tiada mangsa baharu ditemukan sejak petang Selasa. - Gambar/ Reuters
PANAMA CITY: Angka korban akibat bumbung di sebuah kelab malam runtuh di Santo Domingo, Republik Dominican meningkat kepada 184 orang setakat Rabu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa negara itu.
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, namun tiada mangsa baharu ditemukan sejak petang Selasa, kata Pengarah Pusat Operasi Kecemasan, Juan Manuel Mendez.
Antara yang disahkan terkorban termasuk Gabenor wilayah Monte Cristi, Nelsy Milagros Cruz, menurut pihak berkuasa tempatan.
Susulan insiden itu, Presiden Republik Dominican, Luis Abinader mengisytiharkan tiga hari berkabung bermula 8 April sebagai tanda penghormatan kepada mangsa tragedi.
Perkhidmatan kecemasan turut mengaktifkan talian bantuan khas bagi membolehkan ahli keluarga mendapatkan maklumat mengenai mangsa yang cedera mahupun masih hilang.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dominican
#kelab malam runtuh
#angka korban
#Gabenor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan